Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...
Selembut Kata Dialunkan Bersama Semerdu Petikan Gitar...
Tidak Ku Pandai Bermadah Pujangga...
Tidak Ku Pandai Karang Puisi...
Tidak Juga Pandai Mendeklamasi...
Hanya Tulus Ikhlas Dari Seorang Hamba...
Sempurna Seekor Semut Hidup Berjasad Tanda Rungut...
Pohonan Tumbuh Menghiasi Bumi...
Langit Tiada Runtuh Memanyungi...
Mentari Tiada Penat Menerangi...
Siang Dan Malam Bersilih Ganti...
Sungguh Beruntunglah Orang Berfikir...
Sekecil Tapak Tangan Lahir Dari Setitis Air...
Bertarafkan Jijik Dan Hina Tapi Bernaung Di Bawah Panji Mulia...
Itulah Aku Bergelar Manusia...
Berstatuskan Hamba Yang Hanya Mampu Menurut PerintahNya...
Namun Rabbul Izati Maha Mengangkat...
Lalu Diangkat Martabat Keji Menjadi Khalifah Alam..
Mentadbir Bumi Membawa Salam...
Alhamdulillah Sempurna CiptaanNya...
Ku Akui al-Quran Tapi Ku Simpan Rapi Dalam Laci...
Ku Sanjungi Hadis Dan Sunnah Tapi Hanya Tinggal Cerita Dogengan...
Aku Marah Tatkala Orang Menghina Agamaku Tapi Ku Sendiri Persendakan...
Hari Ini Aku Segak Berbicara Soal Agama...
Tapi Ku Sendiri Runtuhkan TiangNya...
MeninggalkanNya Tatkala Senang...
Melewatkan Atas Urusan Dunia...
Hari Ini Aku Hebat Mengeluarkan Hukum Kalam...
Tapi Tangan Ini Yang Mengabaikan..
Hari Ini Aku Bercerita Tentang Ukhwah Berjaya...
Tapi Mulut Ini Yang Memakan Daging Saudaraku Sendiri...
Sewenangnya Aku nMengutuk, Menghina, Mencaci Dan Mencerca...
Aku Hanya Pandai Berbicara Tapi Tiada Berbuatnya...
Malangnya Hidupku...
Saturday, October 5, 2013
Friday, October 4, 2013
Clifford Sekolahku Tercinta....
Hari ini aku nak kongsi serba sekikit tentang sekolah menengah aku,
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar...
sekolah yg membesarkan dan mendewasakan aku...
Dari Ting. 1 hingga Ting. 5 sy sekolah kat sini, kelas 1C1, 2C1, 3C1, 4 ST 1, 5 ST 1..
ha tue nama kelas aku..banyak kenangan tercipta di sini...
SMK Clifford, Kuala Kangsar ini berasal dari sekolah Melayu yang di dirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun 1897 muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" dan di kenali juga sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajar terdiri daripada bangsa Eropah, India, Cina dan Melayu. Hanya pada tahun 1924, sekolah ini mempunyai guru besar dari keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.
Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru dikenali sebagai "Sekolah Clifford" mengambil nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.
Sekolah Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan. Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.
Pada ketika usia meningkat 100 tahun, sesungguhnya Sekolah Clifford amat bertuah kerana dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis "Sekolah Bestari". Semoga Sekolah Clifford akan berkembang di masa-masa yang akan datang.
'CLIFFORD TERCINTA'
Clifford sekolahku tercinta,
Berusaha berbakti cogan kita
Pupuk semangat waja
Berjuang demi ibu kandung
Majukan diri
Bina negara
Bersatu, Berpadu,
CLIFFORD....
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar...
sekolah yg membesarkan dan mendewasakan aku...
Dari Ting. 1 hingga Ting. 5 sy sekolah kat sini, kelas 1C1, 2C1, 3C1, 4 ST 1, 5 ST 1..
ha tue nama kelas aku..banyak kenangan tercipta di sini...
nie bangunan depan sekolah aku....
aku cerita sedikit sejarah sekolah aku...
Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru dikenali sebagai "Sekolah Clifford" mengambil nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.
Sekolah Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan. Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.
Pada ketika usia meningkat 100 tahun, sesungguhnya Sekolah Clifford amat bertuah kerana dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis "Sekolah Bestari". Semoga Sekolah Clifford akan berkembang di masa-masa yang akan datang.
Lencana sekolah aku...bangga beb...
Nie lirik lagu sekolah ku...
Berusaha berbakti cogan kita
Pupuk semangat waja
Berjuang demi ibu kandung
Majukan diri
Bina negara
Bersatu, Berpadu,
CLIFFORD....
banyak lagi aku punyer cerite tentang sekolah aku, nanti tunggu next post ok:-)
Thursday, October 3, 2013
Moh kite Pergi Mandi Ulu Kenas Wey....
Hutan Lipur Ulu Kenas dilitupi oleh hutan Dipterokarp Bukit yang terletak didalam kawasan hutan simpan Bubu, 15KM dari Bandar Diraja Kuala Kangsar melalui lebuhraya menghala ke Pekan Manong. Ia begitu popular dikalangan penduduk setempat bagi tujuan rekreasi, mandi manda dan berkelah dengan kejadian alam semulajadi air terjunnya.
Hutan Lipur Hulu Kenas juga popular dengan keunikan Gunung Bubu yang terdiri dari 2 puncak iaitu Gunung Bubu Besar dan Gunung Bubu Kecil, setinggi 1657 meter dari aras laut.
Jom tengok sekitar Ulu Kenas tempat mandi teman....
Peta nak ke sane yop...
antara kemudahan yang terdapat di disini...
camping site
A-Frame (5 Unit)
A-frame chalet Inside View - no mosquito!!
Dewan Tertutup
Kawasan perkhemahan
Twink Chalet
aku bagi sikit maklumat la yerk :-
RATES
A Frame RM 30.00
Single Chalet RM 55.00
Twin Chalet RM 55.00
FACILITIES RENTAL RATES
Open Hall RM250 / day
Open Field (for group activity) RM250 / day
Camping site :
a ) Public RM 8/ site
b) Student RM 5/ site
Ate ape lagi kome semua tunggu, moh ler g mandi mande....
nie gambor teman dengan kawan teman...
kalau hujung minggu jer ke sini ler tempat melepak, tenang dan damai...
* sumber sokongan dr Cuti=Cuti Malaysia
Tuesday, October 1, 2013
Ate Ape Lagi Yg Menarik D Kuale Kangsor...
Labu Sayong Kuala Kangsar
Kalau pergi Kuala Kangsar, jangan lupe makan laksa dan cendol kuale...
kalau nak menginap, boleh singgah bermalam di Rumah Rehat Kuala Kangsar, Bukit Chandan, murah dan permandangan yang menarik menghadap sungai:-) ataupun di Resort Kuala Kangsar.
Rumah Rehat Kuala Kangsar
Resort Kuala Kangsar
Kuala Kangsar Bandar Diraja...Tanah Tumpah Darahku...
Tempat kelahiran aku dan tempat aku membesar, aku lahir 04.12.1988 di Hospital Besar Kuala Kangsar.
Hospital Besar Kuala Kangsar...tempat aku dilahirkan...
tapi nie gambar bawah nie gambar Hospital Pertama dan kini hanya menjadi sejarah...
Mercu Tanda Kebanggaan Org Kuale...
ok, sekarang aku cerite sikit sejarah Kuala Kangsar...
Negeri Perak lahir dari aliran air
yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke
muaranya di Selatan Melaka.
Dari zaman awal lagi orang tertarik
dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik
untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan
berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada
sekarang. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di
tebing kiri Sungai Perak.
Dalam kiraan mereka kuala sungai ini
adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan
pemandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini
ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama
asalnya, KUALA KURANG SA dan kemudiannya disebut Kuala Kangsar sahaja...
Masjid Ubudiah
Menara Pavilion
Subscribe to:
Posts (Atom)






























