Tempat kelahiran aku dan tempat aku membesar, aku lahir 04.12.1988 di Hospital Besar Kuala Kangsar.
Hospital Besar Kuala Kangsar...tempat aku dilahirkan...
tapi nie gambar bawah nie gambar Hospital Pertama dan kini hanya menjadi sejarah...
Mercu Tanda Kebanggaan Org Kuale...
ok, sekarang aku cerite sikit sejarah Kuala Kangsar...
Negeri Perak lahir dari aliran air
yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke
muaranya di Selatan Melaka.
Dari zaman awal lagi orang tertarik
dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik
untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan
berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada
sekarang. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di
tebing kiri Sungai Perak.
Dalam kiraan mereka kuala sungai ini
adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan
pemandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini
ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama
asalnya, KUALA KURANG SA dan kemudiannya disebut Kuala Kangsar sahaja...
Masjid Ubudiah
Menara Pavilion








As salam... Wahhh.! Agak mnrik kuala kgsar.. Blh bg inform2 best lg.. Sblum nie nk wat trip at gunung ledang tap tgk blog nie nmpak mcm brubah fkran nk tkar g kangsar nie.. Trima ksih ats inform nie ea..
ReplyDeleteInsyaAllah sahabat...
Deleteabg jgan lupa pasal air terjun Ulu Kenas 2 tau...best sgt.... boleh wat kempen kat situ... promote kan lagi pasal Kuala Kangsar nie tau...good job....
ReplyDeleteInsyaAllah post selepas ini, tolong promote lg blog baru abg...
Delete